Rezeki Berniaga





    Assalammualaikum 🌹🌹. Lama tak jengah blog. Mama Ain sibuk dengan kerja dan buat partime sikit-sikit. Bukanlah Mama jenis yang berkuat kerja tetapi Mama Ain ada target nak apa dan buat apa.

  Mama Ain nak kongsi pengalaman Mama Ain dalam berniaga sebagai Dropship jer. Walaupun nampak kecil tak perlu fikir banyak benda tetapi pernah tak terfikir bukan mudah nak dapatkan pembeli yang percayakan kita. Kepercayaan tu yang sangat penting.😌😌

  Ibaratkan sama macam kita, rasa-rasa kita mudah ke nak beli barang dengan orang tak kenal. Mesti kita risau dan selagi boleh kita cari orang yang kita kenal.

  Mama Ain nak kongsi perkara yang Mama Ain sendiri buat dan dapat. Bermula bulan Januari Mama Ain akan tulis dekat buku, Ya Allah dapatkan aku RM300 keuntungan untuk bulan ni. Masa tu Mama cuma cakap dalam hati, tak apalah kita usaha mana yang mampu. Sampai hujung bulan, betul Mama dapat RM300.😭😭😭

  Terus solat sunat Mama, macam tak percaya. Begitu juga bulan 2 dan 3. Mama tetap tidak naikkan jumlah yang Mama minta. Jumlah yang sama. Jika sudah tertulis ada rezeki untuk Mama Ain masa tu, Allah kabulkan juga. Setiap bulan Mama memang akan tulis dekat buku.

  Apa yang Mama belajar dari pengalaman berniaga ni, kita kena percaya pada rezeki kita. Perlu bersabar, Allah dengar doa kita. Paling penting perbaiki diri sentiasa.

Siapa nak tengok tudung bolehlah tengok dekat IG Mama Ain. @Momluv3n Scarf


🌹REZEKI TANPA DIDUGA🌹

  Assalammualaikum πŸ€—. Sekejap jer bulan January sudah menutup pintunya. Kita dah masuk bulan February pula.

  Semalam birthday husband Mama. Dah sambut sehari awal sebab masing-masing kerjakan.☺️ Mama belikan kek sahaja. Kongsi bersama sebab kami punya tarikh lahir bulan yang sama.

  Mama sebenarnya nak cerita pengalaman yang Mama tak sangka. Sejak Mama Ain join DS bisnes ni. Mama rasa lain, kehidupan berubah. Banyak kerja kita nak belajar namun Mama teruskan juga.

  Apa yang Mama nak cerita, awal bulan 1 Mama kurang sale. Hanya kawan dekat sahaja yang beli. Mama dah tulis target siap-siap. Bila tak sampai target tu Mama mula rasa nak putus asa.

 Akhirnya Mama sedar sendiri yang rezeki itu hanya Allah sahaja tahu. DiaNYA yang mampu bagi. Jadi Mama buat solat sunat Taubat yang jarang-jarang buat sebab kadang ada anak kecil mana yang sempat jer buat yang sunat.

 Masa itu berdoa siap nangis tiba-tiba secara spontan. Redha yang kita dah usaha namun rezeki hanya Allah sahaja tentukan. Kenapa solat Taubat sebab kita ni ada dosa setiap hari. Memang patut buat setiap harikan.πŸ˜₯πŸ˜₯

 Apa yang berlaku, selang setengah jam Mama dapat WhatsApp ada customer nak beli 9helai tudung. Masa tu memang rasa macam nak nangis. Rezeki itu ada cuma lambat atau cepat sahaja Allah nak bagi.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
kek birthday kami berdua. Burn cheese cake jer☺️☺️

Tuan rumah punya posing.πŸ˜†πŸ˜†

AZAM 2021

 Assalammualaikum πŸ€—πŸŒΉ. Pembaca di luar sana. Harap tahun ni kita ada sedikit perubahan. Tak kisahlah perubahan besar atau kecil. Ianya tetap matlamat yang kita nak. Mama Ain pun ada tulis matlamat yang nak dicapai. Tertunai atau tidak bergantung pada usaha Mama Ain.☺️
  Sejak join bisnes sebagai dropshipper jer. Ada satu benda yang Mama Ain rasa lain. Nak usaha lebih dan berani mencuba benda baru. Mama Ain cuba buang ketepi perasaan kecewa bila tidak ada yang lekat. Dah lali jadinya sebab berpegang pada 1 ayat bahawa rezeki kita dah tertulis. Kalau ada, pasti Allah beri nanti. Cuma sabar dan tidak sahaja.
  Jadi Mama bersyukur sahaja walaupun tidak banyak dan beranggapan positif. Mungkin kalau dapat banyak nanti Mama lupa. Mungkin juga nanti Mama tak ada masa dengan keluarga jika hadap handphone jer kan.πŸ€—πŸ€—
  Harap Mama terus kekal untuk usaha dan bersungguh untuk cari ilmu baharu. Semoga semangat ini juga bawa Mama Ain perubahan yang lebih baik lagi-lagi perubahan untuk kepadaNYA.πŸ“πŸ“πŸ“

P/s: Nak tudung boleh tengok IG Mama. Momluv3n Scarf 😊🌹

BERTEMU KITA TAHUN 2021

 Assalammualaikum πŸ€—, semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk tahun baru ini. Dikurniakan rezeki dari pelbagai aspek dan paling utama kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.🌹
  Tahun lalu jadikan satu pengalaman dan kenangan yang indah walaupun kita menghadapi dugaan yang tidak terkata dan tidak siapa menduga dengan kehadiran Covid19.😌
 Azamkan dalam diri untuk sentiasa muhasabah diri. Tidak perlu banyak, yang sedikit tetapi istiqomah itu lagi baik. Kematian tidak menduga dan tidak memilih usia. Kita cuba buat mana yang termampu selebihnya tawakkal. Salam Tahun Baru 2021.😊😊

 Mama Ain harap Mampu istiqomah dalam semua hal untuk tahun ini.πŸ€—

Kuasa Sebuah Doa ( Power of Dua)


 Assalammualaikum, semua pembaca yang suka membaca atau mencari ilmu. Mama Ain mula berjinak dalam penulisan pun sebab membaca blog- blog mereka yang dah lama bertapak.☺️
  Mama Ain sekadar mengisi masa lapang sahaja bila ada idea untuk menulis. Kadang tu idea dah ada bersusun nak menaip tetapi masa pula tak mengizinkan. Kiranya macam satu hobilah. Memang Mama Ain kalau zaman bujang tak pernah tinggallah diari ni hari- hari. Kalau tak menulis macam tak sah.
  Larilah dari tajukkan. Mesti semua pernah dengarkan Power of Doa. Mama Ain nak ceritakan pengalaman yang Mama Ain pernah alami. Pertama masa bersalin anak kedua. Mama memang nekad nak breastfeed untuk anak. Apa cara sekalipun Mama kena cuba. Sebelum tu mestilah Mama Ain dah penuhkan ilmu dengan membaca mana- mana artikel berkenaan penyusuan. Salin dan simpan dalam phone pun ya. Nota- nota ni jangan cakaplah macam - macam ditulis.
  Tiba masa selepas bersalin, Mama Ain diberi kekuatan untuk susukan anak. Memang dah tahu hari pertama akan kekok. Sampailah malam hari selepas balik dari hospital, Mama Ain alami bengkak teruk. Menangis dan rasa bersalah kenapalah susu tak nak keluar. Masa tu apa yang terlintas difikiran Mama hanyalah doa. 
  Masa tu sambil urut untuk keluarkan susu, Mama nangis sambil berdoa pada Allah. Jika ada rezeki untuk anakku kau permudahkanlah ya Allah. Tak henti- henti sambil nangis.
  Masa nangis tu anak dah tidur. Itu pun dia tidur kejap- kejap sebab tak puas susu kan. Akhirnya dengan izin Allah, Mama dapat kuarkan susu yang bengkak tu dengan tangan. Masa tu Mama tak beli pam lagi sebab memang tak terfikir. Bila dah jadi macam ni esoknya minta tok laki belikan yang biasa- biasa jer.
  Itulah kuasa doa yang Mama Ain selalu ingat. Jika kita benar- benar nak kan sesuatu, hanya Allah tempat bergantung. Kita hanya perlukan sedikit usaha, selebihnya terserahlah padaNYA untuk menentukan.πŸ˜”πŸ˜Œ
 
 Ini sebahagian rezeki untuk anak Mama Ain yang kedua. Masa ni pun masih kurang lagi ilmu berkenaan penyimpanan stok. Alhamdullilah, sampai umur setahun dia dapat full. Selepas itu nak cukupkan dua tahun Mama Ain campur. Dekat rumah pengasuh sahaja formula. Balik rumah terus dengan Mama sahaja.😘😊😊

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN

  Assalammualaikum πŸ€—
Semoga kita diberi kesihatan yang baik. Usaha dan tawakal untuk dijauhkan dari sebarang kemudaratan. Mama Ain nak tulis dari hari tu, tetapi masa jer tak mengizinkan. 3 Disember 2020 genaplah usia perkahwinan kami yang ke 9 tahun. Sekejap jer masa berlalukan. 
  Anak yang sulung dah darjah 2. Bila jadi mak bapa ni banyak benda kita belajar, kita akan ingat apa yang dulu mak bapa kita ajarkan. Usia mematangkan kita. Tak tahulah kalau ada yang semakin berusia fikiran kurang matang. Setiap kesalahan kita perbaiki jadi lebih baik. Setiap manusia memang akan buat kesalahan tetapi bukan dengan kesalahan kita tidak cuba ubah untuk jadi lebih baikkan.
 Tak kan semua perkara nak jadi baik kena tunggu dapat hidayah. Berdoa sahajalah senjata kita agar Allah ubahkan kita kepada lebih baik. Dekatkan hati kita untuk jadi hambaNYA yang soleh dan soleha. Ada ke orang yang tak nak jadi baik.? Ada ke orang yang tak nak berdoa untuk dia berubah..
 Titik permulaan semua dari diri kita sendiri, Allah memang dah tentukan perjalanan hidup kita tp bukan bermakna kita biarkan sahaja hidup kita tak ada perubahan ke arah yang lebih baik😊☺️


 Beli kek sahaja dekat @tapaucakejb. Beh follow IG dia.

comelkan keknya. Bolehlah buat sambut sendiri dengan anak beranak😘

Bekas Tahan Panas

  Hai,πŸ€— Assalammualaikum. Hari ni Mama Ain nak bagi testimoni sedikit berkenaan pemanas bekas makanan yang Mama Ain bawa selepas naik cuti dari berpantang. Cukuplah setahun gak beli. Masa tu Mama Ain belek- belek dalam Shopee mana bekas makanan yang mampu milik dah berbaloi. Bacalah komen semua sebelum nak membeli.☺️
 Akhirnya, Mama beli bekas yang sedang tak besar dan tak kecil. Dalamnya ada 3 bekas yang kecil. Pada Mama mudah kalau bawa jalan untuk bekalan Naim. Mama pun boleh bawak juga pergi kerja ni. πŸ˜†
  Bekas ni pada Mama berat sikitlah. Kalau ada tangkai ok jer bawa. Kalau nak mudah beli jelah beg sandang yang sesuai untuk masukkan bekas makanan ni.
  Setakat yang Mama Ain guna, masih berpuas hati. Jika Mama sudah masukkan nasi dalam jam 7 pagi, jam 1 petang Mama makan nasi pun masih suam-suam. Kira ok lah pada Mama Ain. Harga Mama beli pada masa tu dalam RM60++. Nantilah kalau Mama Ain ingat seller dia Mama update.
  Pada Mama harga dia mahal jika kita bukan jenis berduit. Kalau untuk mereka yang tak kisah pasal harga memang nampak murahlah berbanding jenama terkenalkan.πŸ€—
  Harga ni kita tak boleh menilai sendiri ianya murah atau mahal. Sedangkan kalau makcik jual donut tepi jalan sebiji 0.50 sen kita dah cakap mahal. Jadi berapakah harga kita nak, sedangkan kalau yang jual dalam Mall tu pada kita mahal orang mampu beli jer.😌
  Pada Mama Ain, kalau anda berduit dan tengah berduit semua benda nampak murah. Jika sebaliknya, anda tidak berduit pada masa itu semua benda nampak mahal. Betul ke tidak...itu pendapat Mama Ain.πŸ€—πŸ€—πŸŒΉ

Bawah ni gambar Bekas Tahan Panas yang Mama beli. Tak ada jenama pun.
memang dibalut kemas dengan bubble wrap tu. Mama dapat dalam keadaan baik sahajaπŸ€—

Penyusuan Susu Ibu- Naim

    Assalammualaikum πŸ€—πŸŒΉ. Semoga kita semua sihat- sihat saja. Minta dijauhkan dari wabak Covid19 ni kan. Mama Ain juga bersyukur selama PKP ni, anak-anak sihat sahaja. Demam pun sekejap je pastu dah baik.
 Syed Naim pun masih menyusu badan, syukur Mama diberi rezeki dapat menyusukan Naim lagi. Masa anak yang no.2 tu Mama bertahan sampai setahun dapat full selepas itu Mama dah campur dengan Formula milk.
  Sekarang Naim dah 1 tahun 5 bulan ++. Bulan depan cukup setahun setengah. Harap Mama masih bertahan lagi. Hari- hari Mama berdoa agar semuanya dipermudahkan.
  Pergi kerja Mama masih pam bawak beg ke hulu hilir. Dapatlah juga dalam 3 botol sehari 3oz.
 Lepas ni Mama ceritakan doa apa Mama amalkan sepanjang Mama pam. Ada ketikanya merundum Mama berdoa dan Tawakkal sahaja sekurangnya Mama dah berusaha.😍😍🌹

  Ni lah dia budak yang manja. Kalau dekat rumah memang banyak iklanlah dengan dia ni.😊😊

 Ni pam paling lama, tapi dah rosak.

Pau Kuih Tak Jemu

RESEPI PAU MAMALUV3N.

1 cawan tepung pau*
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
* Di ayak sekali
1/2 cawan air suam + 1 sudu besar yis+ 1 sudu gula
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan air biasa
Sedikit garam jika nak letak

Ni resepi Mama Ain try and error. Memang suka pau. Dulu pun mak dengan nenek jual kuih. Jadi serba sedikit belajarlah juga buat kuih. Sekarang pun dah mudah google sahaja macam-macam versi keluarkan.

Pau ni dah banyak Mama cuba, mesti akan jadi gerutu bila lepas kukus. Tak tahulah silap bahagian mana. Macam-macam petua Mama dah cuba. Hinggakan buat pau premium, guna tepung pau tak ada campuran lain. Tetap sama jadi gerutu. 

 Akhirnya, semalam Mama cuba buat resepi sendiri. Mama cuba masa waktu hujan. Masa tu perut lapar sebab sejukkan. Tak pernah fikir yang yis akan naik atau tidak. Jadi Mama buat jer. Tuan rumah siap dah pesan jangan buat nanti pau tak nak kembang☺️.

 Mama uli pakai tangan jer walaupun ada BM. Tak apa kali ni kita buat manual sahaja. Dah siap uli semua biarkan kembang. Nampak dah kembang tetapi tepung tak licin. Tak apa Mama teruskan jer masuk inti dah buat macam biasa. 

 Dah nak sikit Mama terus panaskan kukus dan masukkan pau. Kukus selama 10 minit. Akhirnya, masa nak buka kukusan tu debaran juga ya. Masak pau jer pun, tetapi debaran nak dapat pau cantik memang sesuatu tanpa dijangka.

 Tanpa diduga Mama dapat pau yang cantim dan gebu. Gembiranya masa tu. Teruslah cakap dalam hati, bukan sebab cuaca, bukan salah kukus, bukan salah tepung. Untuk buat sesuatu perlu ada rasa ikhlas dalam hati dan buat dengan tenang. Kena yakin yang sesuatu kemahiran ada pada kita pinjaman dari Allah, jika iaNYA nak jadi maka jadilah. 

 Anda belajarlah macam mana sekalipun, jika dah tidak diizinkan maka tak jadi juga


.  Ni hasil pau yang Mama dapat dan puas hati😘

Resepi Churros

   Assalammualaikum πŸ€—. Lama tak menaip dekat blog. Minggu ni adalah masa sikit sebab diberi cuti 2 minggu kerana covid. Duk dekat area bandar JB. Jadi semua sekolah dicutikan.

  Banyak dah Mom nak tulis. Cuma sibuknya memanjang jer ni. Ajar anak hafaz. Nak ujian rekod kena hafal surah. Mama Ain pun sibuk buat macam-macam resepi sebab duk rumah semua nak dimakan.πŸ˜ƒ

  Ni resepi Churros. Mama Ain tengok Seminit Resepi.

1/2 cawan susu segar
1 sudu makan butter
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Esen vanila 1 sudu kecil

Panaskan susu bersama butter, dah didih masukkan tepung gaul sebati. Tutup api dan biar suam sekejap baru masukkan telur. Gaul biar sampai sebati tepung dan telur. Terus masukkan dalam piping bag guna nozel bunga. Mama Ain tak ada nozel jadi memanjang sahaja bentuknya.☺️☺️

 
     Jadilah buat untuk anak sekali makanπŸ“πŸ“πŸ“.

Seni Gambar

 

           Kredit Gambar: @Yusuf Madi

    Assalammualaikum, pembaca blog. Harap kita semua diberi kesihatan yang baik. Dijauhkan dari segala penyakit. Covid19 masih melanda di negara kita. Apa yang mampu kita lakukan jaga diri, jaga jarak dan amalkan hidup yang sihat.

  Nampak tak gambar kat atas itu. Mama ambil dari web Yusuf Madi. Mama siap minta izin dengan tuan badan sebab gambar-gambar dia memang natural dan cantik. Jika anda yang tak suka gambar natural ni boleh cuba tengok sendiri dekat web dia atau IG dia @yusufffffff. 

  Pada Mama Ain lah, seni diaorang ni sangat berharga. Bukan semua orang mampu dapatkan gambar yang cantikkan. Walaupun anda gunakan gadjet yang terbaik.

  Mama memang suka tengok gambar ala-ala kampung, gunung, hijau dekat hutan. Terasa sejuk jer mata. Ala, tak pun cuba hayati pemandangan ladang kelapa sawit nanti terbit dalam hati besarnya kekuasaan Tuhan jadikan alam ini. Kita sendiri pun tak boleh nak bayangkan.

  Ni jelah coretan Mama untuk malam ini. Nak lagi gambar yang menarik boleh tengok laman web tuan badan tu ya.πŸ˜ŠπŸ€—πŸŒΉ

  


Rezeki Berniaga

    Assalammualaikum 🌹🌹. Lama tak jengah blog. Mama Ain sibuk dengan kerja dan buat partime sikit-sikit. Bukanlah Mama jenis yang berkuat ...